SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (KORPORAT) BERSAMA PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)
Diterbitkan pada : 12 May 2026
ππ πππ’ ππππ | πΊππ₯ππ¬π | πππ§ππ«π πππ«π€ππ¦πππ« ππππ«π¨π§ππ¬
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) PETRONAS telah berlangsung di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur sebagai inisiatif awal kerjasama antara AKM dan PETRONAS dalam memperkukuh penghayatan nilai kenegaraan di sektor korporat. Seminar ini memberi penekanan terhadap penghayatan nilai Malaysia MADANI, pembinaan jati diri serta pemerkasaan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja.
Sesi Interaktif Kenegaraan telah disampaikan oleh En. Ahmad Shukri bin Haji Adnan, Pengarah AKM Negeri Selangor. Sesi Taklimat telah disampaikan oleh Cik Norhaida Binti Arifffin, penyelaras program manakala ucapan aluan dari pihak PETRONAS oleh En. Ahmad Faridz Dzulkarnain, Pengurus Besar Pejabat Wilayah Tengah & Utara, Kumpulan PETRONAS. Ucapan Perasmian disampaikan oleh En. Mohd Nor Arshad, Bahagian Korporat dan Sesi Penutup pula disempurnakan oleh En. Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) AKM.
Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengukuhan jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak. Kolaborasi ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik pada masa hadapan dalam usaha melahirkan warga korporat yang berintegriti, berdaya saing dan mempunyai semangat cintakan negara.
