Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀

𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐒𝐫𝐢 𝐒𝐡𝐚𝐦𝐬𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐫𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐊𝐒𝐍) telah hadir menyempurnakan 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 yang berlangsung hari ini bertempat di Dewan Serbaguna, aras 3, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya. Seramai 𝟓𝟖 orang pegawai daripada kementerian dan jabatan utama telah menerima sijil perlantikan sebagai 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧. Mereka ini akan akan menjadi penghubung antara kementerian/agensi dengan AKM dalam menyelaras aktiviti atau 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦-𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 di Kementerian atau agensi masing-masing.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Azizi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri. KSU-KSU Kementerian, SUB-SUB kementerian serta YBhg. Datuk Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM. Menerusi langkah proaktif ini diharapkan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama rakyat khususnya penjawat awam dalam usaha ke arah 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 dapat dilaksanakan dengan jayanya.