Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

SOALAN LAZIM

Apakah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)?

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) ialah sebuah institusi latihan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berperanan sebagai agensi pusat dalam mengkoordinasi hal ehwal latihan kenegaraan.

Apakah peranan dan fungsi utama AKM?

Fungsi utama AKM ialah melaksanakan program latihan dan pembangunan modul berkaitan kenegaraan serta menyemarakkan nilai patriotik dan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Siapakah yang layak mengikuti program atau kursus di AKM?

Program AKM terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas melibatkan enam (6) kumpulan sasar iaitu kepimpinan negara, korporat, eksekutif, media digital, belia dan komuniti.

Apakah jenis program yang ditawarkan oleh AKM?

Antara program utama ialah Kursus Kenegaraan, Seminar Kepimpinan, Bengkel Patriotisme, dan Program Latihan Pembangunan Modal Insan berteraskan nilai kenegaraan.

Adakah AKM menghasilkan video-video kenegaraan Malaysia MADANI?

Ada, video-video kenegaraan boleh di dapati dengan melayari www.akm.gov.my dan media sosial AKM seperti Facebook, Instagram dan Tiktok Akademi Kenegaraan Malaysia.

Adakah AKM menyediakan bahan penerbitan?

Ya. AKM turut menghasilkan bahan penerbitan seperti pocket book MADANI (8 Bahasa), Buku 100 Hari Ketua Pengarah, laporan tahunan dan lain-lain lagi.

Bagaimana cara untuk menghubungi AKM?

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui emel dan nombor telefon yang terdapat di dalam laman web rasmi AKM di www.akm.gov.my.

Di manakah lokasi Ibu Pejabat Akademi Kenegaraan Malaysia?

Butiran alamat Ibu Pejabat Akademi Kenegaraan Malaysia adalah seperti berikut:

Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Aras 4-6, Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F,No. 2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya

Facebook X Instagram TikTok YouTube