Salam
“Malaysia MADANI”
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Agensi ini bertanggungjawab sebagai agensi pusat yang mengkoordinasi Latihan Kenegaraan di samping menganjurkan program-program bagi mengukuhkan semangat patriotisme, disiplin dan integriti kepada kumpulan sasar yang lebih luas dan menyeluruh ke arah pembinaan negara bangsa. Langkah ini juga adalah selaras dengan konsep Malaysia MADANI supaya Malaysia boleh membangun sebagai sebuah negara yang lebih maju serta makmur demi kesejahteraan dan perpaduan negara. Portal ini mengandungi pelbagai maklumat, aplikasi serta pautan berkaitan AKM dan Logo Khusus Malaysia MADANI yang boleh dicapai, dirujuk dan diguna pakai oleh semua. Saya amat berharap agar portal ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Pihak kami senantiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.
Selamat melayari portal AKM.
"KENEGARAAN PEMANGKIN KESTABILAN"
YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin
Ketua Pengarah
Akademi Kenegaraan Malaysia
Pejabat Perdana Menteri