KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya. Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung Portal Rasmi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan pengurusan portal atas usaha berterusan dalam menambah baik portal rasmi ini demi memenuhi keperluan pengguna secara lebih berkesan. Portal ini berperanan sebagai medium utama dalam menyampaikan maklumat berkaitan AKM secara tepat, terkini, dan telus kepada pelanggan.
Selain portal rasmi ini, medium media baharu seperti Facebook, Instagram, YouTube, X dan TikTok turut dijadikan platform oleh AKM untuk penyampaian maklumat dalam era digital masa kini. Langkah ini diharap dapat memudahkan komunikasi dua hala antara pelanggan dan AKM serta mendekatkan lagi perkhidmatan kami kepada rakyat secara umumnya.
Sebagai agensi pusat yang mengkoordinasi latihan kenegaraan, portal ini juga turut berperanan untuk penyebarluasan maklumat kenegaraan sebagai usaha melonjak kefahaman terhadap disiplin ilmu kenegaraan yang bertujuan meningkatkan patriotisme, disiplin, dan integriti dalam kalangan rakyat. Usaha ini adalah selaras dengan konsep Malaysia MADANI, ke arah pembinaan negara bangsa yang lebih maju dan berdaya saing.
Sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong usaha kami dalam memperkasa agenda patriotisme serta Malaysia MADANI. Usaha meningkatkan rasa cinta terhadap tanah air bukanlah tanggungjawab AKM semata-mata, tetapi merupakan amanah seluruh rakyat Malaysia secara bersama dalam menerajui pembinaan negara bangsa yang bersatu, berintegriti dan berdaya saing.
Akhir kata, saya berharap portal ini dapat memberikan maklumat dan kemudahan kepada pelanggan untuk mengakses informasi berkaitan peranan AKM, selain menitikberatkan aspek ketepatan maklumat dan kemudahan dalam melayari portal. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan portal ini.
Selamat melayari Portal Rasmi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).
Sekian, terima kasih.
YBhg. Datin Saliza binti Mokhtar
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)
