Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑
YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani Kepada Mangsa Banjir pada 4 Disember 2024 bertempat di Dewan Protokol, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya. Sebanyak RM35.8 juta sumbangan telah diserahkan kepada Kerajaan MADANI oleh syarikat swasta dan badan korporat bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas banjir. Semua dana yang berjaya dikumpul akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan disalurkan terus ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan dengan cepat dan efisien. Pada majlis tersebut, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah diwakili oleh YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah, AKM, YBrs. Kol. Bersekutu (PA) Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), AKM dan beberapa orang pegawai kanan AKM. Turut hadir, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri serta Ketua-ketua Jabatan/Agensi Kerajaan dan penjawat awam.