
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐊𝐄𝐋𝐎𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒
Hits: 58
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐊𝐄𝐋𝐎𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒
Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Bil.2/2024 telah diadakan pada 11 Disember 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Mesyuarat yang bermula jam 2.00 petang telah melibatkan semua ahli lembaga tatakelola yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Mohd Dusuki bin Mokhtar Peguam Negara. Mesyuarat ini merupakan platform untuk ahli lembaga menetapkan halatuju, membincangkan isu dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dalam memantap dan memperkukuh agenda Kenegaraan serta pembinaan negara bangsa. YBhg. Datuk TPj Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM ) telah membentangkan Laporan Prestasi Pencapaian AKM bagi Tahun 2024 yang telah melibatkan seramai 179,392 orang peserta secara bersemuka, online atau kedua-duanya. Kumpulan Sasaran peserta terdiri daripada kepimpinan negara, eksekutif, belia dan institusi pendidikan, komuniti dan domain digital dan media. AKM jua telah melantik Pegawai Kenegaraan Kementerian. Kesemua pegawai yang dilantik ini berperanan sebagai ‘focal point’ dalam memastikan setiap pelaksanaan program kenegaraan di setiap kementerian lebih berstruktur dengan menerapkan latihan kenegaraan dan semangat patriotik dalam kalangan penjawat awam. Turut dibincang bersama-sama dalam mesyuarat ini Status pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 oleh Kementerian Pertahanan yang dibentangkan oleh YBhg. Mejar General Dato' Haji Ya'cob bin Haji Samiran, Ketua Pengarah Malaysia Institusi of Defence and Security (MiDAS). Semoga tahun 2025 AKM terus selari dengan misinya " Memperkasa latihan kenegaraan yang komprehensif ke arah pembinaan negara bangsa".