
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 (𝐌𝐅𝐋𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Hits: 62
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 (𝐌𝐅𝐋𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Seksyen Tunas Belia, Bahagian Belia dan Institiusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bagi persediaan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) bagi tahun 2025 bersama-sama pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mesyuarat ini diadakan bertempat di Bilik Perbincangan Unggul, AKM di Kompleks Kerajaan Parcel F, Putrajaya. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Aidil bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Sekolah Harian, KPM dan pihak AKM diwakili oleh YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, AKM. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Mejar Bersekutu Asrizal bin Mohamed Radzi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Institusi Pendidikan AKM, Puan Fadzilah binti Buni Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan dan Institusi Pendidikan AKM, Encik Mohammad Hafiz bin Kamal, Penolong Pengarah BPSH, KPM, dan pegawai dan penolong pegawai dari Seksyen Tunas Belia. Dalam mesyuarat ini jua dibincangkan aspek persediaan program MFLS bagi tahun 2025 serta memperkukuh lagi perlaksanaan program sedia ada. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan dan idea bagi mempertingkatkan kerjasama tertutamanya dalam aspek penyertaan peserta di kalangan pelajar sekolah harian yang ternyata memberi impak yang signifikan dalam kepimpinan diri mereka di peringkat lebih tinggi. Mesyuarat ini berlangsung dengan penuh hormat dan mesra, dan kedua-dua pihak berjanji untuk meneruskan kerjasama yang lebih erat di masa akan datang.