Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓
PUTRAJAYA – Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2025 pada 7 Januari 2025 (Selasa) di Dewan Damasari 3, Blok F8, Putrajaya. Majlis ini telah menghimpunkan seramai 300 orang secara bersemuka dan dalam talian ke seluruh 18 buah Pusat Latihan Kenegaraan AKM. Ucaptama majlis disampaikan oleh YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd. Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM. Dalam majlis tersebut, YBhg Datuk Ketua Pengarah telah menyampaikan amanat beliau merangkumi pencapaian AKM pada tahun 2024 serta nasihat dan pesanan kepada semua yang hadir dalam melaksanakan tugas tahun 2025 ini. Beliau berharap semua warga AKM akan terus bekerja dengan lebih tekun dan ikhlas atas nama besar keluarga AKM. Menurut beliau, kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh AKM sepanjang penubuhanya adalah hasil dokongan dan usaha semua pihak samada sektor pembangunan mahupun Latihan. Beliau berharap agar AKM akan terus menjadi agensi yang unggul pada masa akan datang. Turut diadakan juga acara penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik bulan Julai hingga November 2024 kepada 22 orang warga AKM. Majlis diteruskan acara penyerahkan Sijil Hak Cipta Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI oleh Encik Faizal Iqram Bin Ibeni Yanin, Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti AKM kepada YBhg. Datuk Ketua Pengarah AKM. Majlis diakhiri dengan acara sambutan hari lahir warga AKM yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos 2024 hingga Januari 2025. Y.Bhg. Datuk KP AKM mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Kepimpinan Negara (BKN) dan Bahagian Domain Digital (BDM) yang menjadi penganjur kepada Perhimpunan Bulanan AKM kali ini.