Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Akademi Kenegaraan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia India Malaysia (MIYC)

Akademi Kenegaraan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia India Malaysia (MIYC)

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) diketuai Encik Dhanesh Basil selaku Presiden bersama ahli jawatankuasa MIYC telah hadir ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri.
Kunjung hormat ini telah disambut mesra YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM bersama-sama YBhg. Dato' Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) AKM, pengarah-pengarah bahagian dan pegawai-pegawai AKM. Menerusi pertemuan ini beberapa perkara telah dibincangkan dan dipersetujui khususnya dalam meningkatkan semangat patriotisme di kalangan belia yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak. Semoga jalinan kerjasama strategik dan segala hasil perbincangan ini akan berterusan sepanjang masa.