
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat bersama-sama agensi di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia
Hits: 39
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat bersama-sama agensi di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia. Antara tujuan mesyuarat adalah membincangkan kerjasama AKM dengan Kementerian Komunikasi dalam mempromosikan pembudayaan logo khusus Malaysia MADANI. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi. Hadir sama dalam mesyuarat adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, YBrs. Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Pejabat Menteri Komunikasi, dan dari Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat (KS). Manakala AKM diketuai oleh Ketua Pengarah AKM, YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad. Turut hadir adalah pengarah-pengarah bahagian AKM dan beberapa orang pegawai AKM. Semoga segala hasil perbincangan dan gerak kerja dalam mesyuarat ini akan mempermudah segala urusan dalam pembudayaan logo khusus Malaysia MADANI.