
Akademi Kenegaraan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
Hits: 39
Akademi Kenegaraan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Tujuan utama sesi ini adalah perbincangan kolaboratif pelaksanaan Program Pemimpin Pelapis Negara (PIMPIN), UPTM dan kursus Kenegaraan kepada pensyarah, pegawai dan kakitangan UPTM. YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM mempengerusikan perbincangan tersebut dan persetujuan telah sepakat dengan penubuhan jawatankuasa bagi pelaksanaan program PIMPIN bermula pada tahun 2025. Usahasama Jawatankuasa tersebut akan memperhalusi perancangan dengan menghasilkan satu road map keberhasilan program PIMPIN dalam jangka Panjang. Selain itu, AKM juga bersetuju untuk melaksanakan kursus kenegaraan kepada pensyarah, pegawai dan kakitangan dan mewujudkan Kader Kenegaraan di peringkat UPM. Terima kasih diucapkan kepada rombongan UPTM yang diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah binti Syed Sy Shiekh, Naib Canselor UPTM, dan turut hadir bersama YBrs. Dr. Mohd Erfino bin Johari, Pengarah Perhubungan Industri dan Pengantarabangsaan Akademik, Puan Immie Rozianie, Pengarah Komunikasi Korporat, Puan Nik Mazlinahaiza, Kaunselor UPTM, Cik Zalina binti Zalwady Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPTM dan Encik Aliff dari Bahagian Media Komunikasi Korporat.