
Bahagian Domain Digital dan Media, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama ICAN UiTM telah berjaya menganjurkan Content Creator Digital Bootcamp (CCDB) 2024
Hits: 78
Baru- baru ini Bahagian Domain Digital dan Media, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama ICAN UiTM telah berjaya menganjurkan Content Creator Digital Bootcamp (CCDB) 2024 dengan kehadiran 82 orang peserta dari UPM, UTHM dan UiTM. Program telah berlangsung pada 30 September hingga 4 Oktober 2024.
Program ini bertujuan mendidik pelajar-pelajar universiti menjadi eduinfluencer dan content creator yang bertanggungjawab, menyemai semangat patriotisme serta menggunakan media sosial sebagai platform usahawan digital dan penyebarluasan yang baik.
Sepanjang bootcamp ini berlangsung , para peserta telah didedahkan kepada 15 modul yang merangkumi:
-
5 modul penciptaan kandungan,

-
5 modul kenegaraan,

-
4 modul persiapan kerjaya

Program ini telah disokong oleh tenaga pengajar daripada AKM, UiTM dan industri iaitu Aisling, Talentbank serta Tik Toklah Media. Turut didatangkan khas adalah dua (2) pempengaruh terkenal iaitu Amin x Abid yang merupakan pemenang TikTok EduCreator Award 2024.
Content Creator Digital Bootcamp 2024 ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk melahirkan generasi pencipta kandungan yang bertanggungjawab dan berdaya saing. Semoga usaha seperti ini terus memberi manfaat besar kepada pelajar, industri, dan negara pada masa hadapan.