Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bahagian Domain Digital dan Media, telah melaksanakan Kursus Digital Malaysia MADANI

Bahagian Domain Digital dan Media, telah melaksanakan Kursus Digital Malaysia MADANI

Bahagian Domain Digital dan Media, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah melaksanakan Kursus Digital Malaysia MADANI pada 9 hingga 11 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Langkawi, Kedah. Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh 48 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat (UKK) daripada pelbagai kementerian dan agensi. YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji MohdHaswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM telah hadir dan menyempurnakan Sesi Perasmian kursus tersebut. Turut hadir dan berkongsi mengenai Pembinaan Negara Bangsa ialah Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) AKM YBhg. Dato’ Ismail bin Yusop. Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah diberikan pemahaman mengenai sejarah kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dalam konteks Malaysia MADANI. Selain pelbagai pengisian dan aktiviti yang digarap melalui Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI, para peserta juga turut berpeluang untuk bersama-sama YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri dan mendengar ucapan beliau semasa Sesi Bersama SUPOL Kanan YAB PM pada hari kedua kursus.