Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 22 Januari 2025 bertempat di Bangi Resort Hotel

Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 22 Januari 2025 bertempat di Bangi Resort Hotel

Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 22 Januari 2025 bertempat di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor. Seminar ini telah dihadiri seramai 100 orang pegawai MARDI.
Seminar ini dimulai dengan ceramah bertajuk Gagasan Malaysia Madani yang disampaikan oleh Dr. Noor Dasrafeezal bin Abdul Shukur, Pengarah Bahagian Domain dan Digital, Akademi Kenegaraan Malaysia. Slot Interaktif Kenegaraan telah dikendalikan oleh En. Norzilam bin Mohamed, Ketua Seksyen Badan Berkanun, Bahagian Korporat AKM bersama-sama En. Muhammad Nazirul Hafiz bin Sailal, Penolong Pengarah, Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Selangor. Sesi ini dilaksanakan secara interaktif menggunakan aplikasi Kahoot. Pengetahuan peserta mengenai kenegaraan diuji melalui soalan-soalan yang disediakan. Hampir keseluruhan peserta memberikan komen yang baik mengenai seminar ini dan berharap dapat diperluaskan lagi kepada seluruh warga Badan Berkanun.