
Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, di bawah kelolaan Seksyen Institut Pengajian telah menganjurkan Program Kursus Kenegaraan Madani (Diaspora Malaysia) tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Hits: 23
Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia di bawah kelolaan Seksyen Institut Pengajian telah menganjurkan Program Kursus Kenegaraan Madani (Diaspora Malaysia) tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah berlangsung pada 6 hingga 10 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah, Melaka. Program ini telah disertai seramai 115 peserta yang terdiri daripada 50 lelaki dan 65 wanita daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang telah terpilih untuk menyambung pelajaran ke New Zealand dan Australia dalam pelbagai bidang teknikal dan bukan teknikal. Peserta yang mengikuti kursus ini perlu melalui dua bentuk latihan pembelajaran, iaitu bentuk pembelajaran dalam kelas (indoor) yg berkonsepkan kenegaraan dan pembelajaran luar kelas (outdoor) di mana para peserta wajib lulus kursus ini. Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuhkan tahap kesedaran dan kefahaman golongan belia tentang Sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan, memperkukuhkan semangat patriotik, jati diri dan kesepaduan nasional untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab sekaligus memperkukuhkan nilai keperibadian sebagai duta kecil Malaysia MADANI di luar negara. Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh Cik Sinar Sinari binti Mohd Hussain, wakil daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).