Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bahagian Latihan Belia menerusi Seksyen Institusi Pengajian dengan kerjasama Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 22 Januari 2025

Bahagian Latihan Belia menerusi Seksyen Institusi Pengajian dengan kerjasama Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 22 Januari 2025

Bahagian Latihan Belia menerusi Seksyen Institusi Pengajian dengan kerjasama Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 22 Januari 2025 di Kolej MARA Banting, Selangor.
Seramai 272 orang telah menghadiri sesi ini bagi penilaian tahap 1 mereka sebelum hadir ke kursus kenegaraan (tahap 2) di Pusat Latihan Kenegaraan kelak. Peserta terdiri daripada pelajar Program Diploma International Baccalaureate yang bakal ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Canada, United Kingdom, Ireland, Australia dan lain-lain. Pengisian bagi tahap 1 diberikan input berkaitan sejarah kenegaraan, ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan & Malaysia MADANI yang disampaikan oleh pegawai latihan dari Bahagian Latihan Belia. Semoga dengan sedikit pendedahan awal berkaitan ilmu kenegaraan ini menjadi nilai tambah dalam penjanaan kesedaran dan peningkatan jati diri kepada semua.