Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI

Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI

Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI pada 6 hingga 8 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Kursus pada kali ini disertai oleh Kumpulan Pelaksana BHEUU seramai 61 orang. Para peserta telah melalui pelbagai aktiviti dan pengisian yang dapat meningkatkan pemahaman mengenai Malaysia MADANI dalam pembinaan Negara Bangsa. Kursus ini juga telah menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara melalui pendedahan mengenai sejarah pembentukan negara, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan syabas atas komitmen yang jitu daripada semua peserta dan urus setia yang terlibat bagi menjayakan kursus kenegaraan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini. YBrs. Encik Rais bin Ayop, Pengarah Seksyen Pengurusan Sumber Manusia BHEUU telah hadir bagi menyempurnakan majlis penutup program ini.