Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI

Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI

Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI pada 6 hingga 8 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Lipis, Pahang. Seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pelaksana Jabatan Peguam Negara daripada seluruh Malaysia menghadiri kursus 3 hari 2 malam ini. Pada kursus ini pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai pembinaan Negara Bangsa dalam konteks Malaysia MADANI berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Peserta telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung. Penutup kursus telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara. Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam Negara En. Azizi bin Wahab dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Seksyen Pengurusan Sumber Manusia) Encik Mohd Zaini bin Zakaria.