Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Penjawat Awam)

Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Penjawat Awam)

Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Penjawat Awam) pada 11 hingga 13 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan telah menghadiri kursus 3 hari 2 malam ini. Pada kursus ini pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai pembinaan Negara Bangsa dalam konteks Malaysia MADANI berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Penting untuk Penjawat Awam Negara memahami dan mempraktikkan daalam kerja buat mereka seharian dalam usaha merealisasikan pembinaan negara bangsa berkonsepkan Malaysia Madani. Peserta telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung. Penutup kursus telah disempurnakan oleh Y.Brs Dato’ Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan. Dalam ucapan penutupnya, beliau menyatakan kursus seperti ini penting bagi memberi pemahaman yang mendalam berkaitan sejarah dan impian Negara sebagai satu panduan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam Malaysia.