Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI

Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI

Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI pada 6 hingga 9 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang Sabah. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Professional dan Pelaksana Perkeso daripada Zon Sabah menghadiri kursus 4 hari 3 malam ini. Pada kursus ini pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai pembinaan Negara Bangsa dalam konteks Malaysia MADANI berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Peserta telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung. Penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Wan Nor Shakila binti Abd Satar, Ketua Cawangan Latihan dan Pembangunan. Dalam ucapan penutupnya, beliau menyatakan kursus seperti ini penting bagi memberi pemahaman yang mendalam berkaitan Perlembagaan Negara khususnya bagi mereka yang bekerja di Jabatan ini dan amnya sebagai Penjawat Awam Badan Berkanun yang merupakan nadi kemajuan negara.