
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani Badan Berkanun UiTM Adiwangsa
Hits: 20
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani Badan Berkanun UiTM Adiwangsa pada 9 hingga 11 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Seramai 63 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Professional dan Pelaksana UiTM daripada cawangan seluruh Malaysia menghadiri kursus 3 hari 2 malam ini. Pada kursus ini pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai pembinaan Negara Bangsa dalam konteks Malaysia MADANI berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Peserta telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung. Perkongsian Bicara Tokoh juga telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Penutup kursus telah disempurnakan oleh Y.Brs Profesor Dr. Amer Shakir Zainol Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa). Dalam ucapan penutupnya, menyatakan kursus seperti ini penting bagi memberi pemahaman yang mendalam berkaitan Perlembagaan Negara khususnya bagi mereka yang bekerja di Jabatan ini dan amnya sebagai Penjawat Awam Badan Berkanun yang merupakan akses kepada pendidikan serta antara kayu pengukur bagi sebuah negara maju.