
Bahagian Latihan Eksekutif, AKM dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) kepada Guru-Guru
Hits: 60
Bahagian Latihan Eksekutif, AKM dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) kepada Guru-Guru Pendidikan Khas Zon Utara pada 3 hingga 5 September 2024 di Pusat Latihan Kenegaraan Kulim, Kedah. Program selama 3 hari 2 malam ini disertai seramai 86 orang Guru-Guru Pendidikan Khas di Zon Utara untuk diberi latihan kenegaraan. Peserta amat teruja menyertai setiap sesi dan aktif di sepanjang pelaksanaan program. Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azizul bin Mohd Sohod, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, KPM. Melalui pengisian program ini dapat terus menyemarakkan lagi rasa cinta kepada Negara kepada guru-guru pendidikan khas terutamanya di dalam menyebarluaskan pendidikan kenegaraan kepada anak-anak pendidikan khas.