Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Bahagian Latihan Eksekutif, AKM telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 5 September 2024 bertempat di INTAN

Bahagian Latihan Eksekutif, AKM telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 5 September 2024 bertempat di INTAN Wilayah Timur (INTIM). Seminar ini telah dihadiri seramai 186 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi. Peserta yang hadir ini juga merupakan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di Zon Timur. Seminar ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Puan Juwairiyah binti Jaafar, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan diteruskan dengan pembentangan mengenai Pengenalan Majlis AKRAB Kebangsaan oleh Encik Mohd Afendi bin Ya@Zakaria, Presiden Majlis AKRAB Kebangsaan. Manakala Slot Interaktif Kenegaraan telah dikendalikan oleh Encik Hazli bin Hamzah, Ketua Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif AKM bersama-sama Encik Mohd Azeed Nazwan bin Zakaria, Penolong Pengarah, Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu. Seminar ini diteruskan dengan slot ceramah “Malaysia MADANI: Membina Negara Bangsa” disampaikan oleh Encik Hazli bin Hamzah.