
Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mengorak langkah dengan mengadakan perbincangan kolaboratif perancangan Program Kenegaraan Malaysia MADANI
Hits: 78
Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mengorak langkah dengan mengadakan perbincangan kolaboratif perancangan Program Kenegaraan Malaysia MADANI bagi takwim program AKM tahun 2025. Perbincangan ini adalah bersama-sama pegawai kanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berlangsung pada 7 Oktober 2024 di Bilik Perbincangan Hormat, Aras 5, AKM . Pegawai kanan KWSP yang hadir ialah Encik Teoh Chin Yiap selaku Ketua Jabatan dan Pengarah EPF Learning Campus, Puan Juairiyah Osman, Head of Learning Business Partner & m.k. Head of Learning Infrastructure dan Encik Muhamad Hakim bin Nasir Deputy Manager, Learning Business Partner. Perbincangan berfokus kepada ruang dan peluang bagi pelaksanaan program kolaboratif bersama-sama pihak pengurusan dan kepimpinan serta warga kerja KWSP pada tahun akan datang. Terima kasih di ucapkan kepada pihak KWSP di atas kesudian hadir ke Akademi Kenegaraan Malaysia.