Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), dengan kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam)

Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) kepada seramai 95 orang Timbalan Pengarah Akademik (TPA) dan pegawai kanan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik daripada seluruh Malaysia. Program telah dijalankan di Institut Kenegaraan Perdana (IKP), Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Program dimulakan dengan sesi interaktif dan penetapan minda oleh Encik Ahmad Shukri Haji Adnan daripada BLE. Sesi diteruskan dengan perkongsian ilmu dan ceramah Malaysia MADANI yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ismail Bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia. Sepanjang program berlangsung peserta begitu ceria menyertai setiap pengisian yang diatur dan turut serta secara aktif di dalam memberikan ulasan di setiap pengisian modul program yang dikendalikan oleh fasilitator. Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Supian bin Mahmood selaku Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Kejurulatihan dan Hubungan Industri, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) KPM di atas kolaboratif yang erat ini.