Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bahagian Latihan Eksekutif, mengadakan diskusi kolaboratif bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)

Bahagian Latihan Eksekutif, mengadakan diskusi kolaboratif bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)

Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan diskusi kolaboratif bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) di Cheras bagi perancangan pelaksanaan Program Kenegaraan Malaysia Madani akan datang.
Perbincangan ini berfokus kepada pelaksanaan Kursus dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani dalam kalangan pegawai kanan, eksekutif muda dan warga DBKL dalam usaha menyebarluaskan lagi kefahaman berkaitan kenegaraan kepada warga kerja DBKL.
Di dalam sesi perbincangan tersebut juga beberapa program telah dicadangkan untuk tujuan kolaboratif DBKL dan AKM Sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Terima kasih diucapkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di atas jalinan kerjasama dan kolaboratif yang cukup bermakna ini.