
Bahagian Latihan Komuniti Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan Kursus Latihan Kenegaraan Komuniti Kepimpinan Malaysia MADANI
Hits: 39
Bahagian Latihan Komuniti Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan Kursus Latihan Kenegaraan Komuniti Kepimpinan Malaysia MADANI pada 27 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Program ini melibatkan seramai 51 orang peserta daripada Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPPK) Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Objektif kursus ini adalah bagi meningkatkan pemahaman mengenai Malaysia MADANI, memupuk pengamalan nilai-nilai MADANI dalam kepimpinan komuniti dan meningkatkan profesionalisme dalam kalangan kepimpinan komuniti. Antara lain pengisian program adalah sesi lawatan rasmi ke Kediaman Rasmi YAB Perdana Menteri yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ismail bin Yusop, TKP(L) AKM. Dikesempatan tersebut YAB Perdana Menteri sempat menyantuni para peserta yang hadir.