Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis AKRAB Kebangsaan mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)

Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis AKRAB Kebangsaan mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)

Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis AKRAB Kebangsaan mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). Antara tujuan sesi ini adalah untuk jalinan kolaboratif melalui pelaksanaan beberapa sesi program Latihan kenegaraan Malaysia MADANI anjuran AKM. YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM mempengerusikan perbincangan tersebut dan persetujuan telah dicapai dengan mengadakan sesi program kepada pegawai Psikologi, JPA dan ahli AKRAB seluruh negara. Antara program yang dicadangkan adalah Aspirasi AKRAB MADANI, beberapa sesi TOT Latihan Kenegaraan untuk melahirkan Tutor Kenegaraan dan Seminar Malaysia MADANI di setiap zon. Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi dan Majlis AKRAB Kebangsaan diketuai oleh YBrs. Dr. Abdul Jalil bin Hassan iaitu Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA dan turut hadir bersama YBrs. Dr. Linda binti Jamaludin, YBrs. Dr. Ahmad Badaruddin bin Abdullah, Encik Muhammad Faeez bin Zakaria, Puan Manisah binti Saedon iaitu Setiausaha Majlis Akrab Kebangsaan, dan Puan Norashikin binti Imaludden di atas kerjasama dan kolaboratif yang bermakna ini.