
Bahagian Perancangan Strategik dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Protokol dan Pengurusan Majlis yang diadakan di pada 24-25 Oktober 2024
Hits: 584
Bahagian Perancangan Strategik dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Protokol dan Pengurusan Majlis yang diadakan di pada 24 hingga 25 Oktober 2024.
Seramai 35 orang pegawai ibu pejabat, Institut Kenegaraan Perdana (IKP) dan Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) AKM menghadiri bengkel tersebut. Bengkel dilaksanakan secara bersemuka oleh penceramah berpengalaman, Puan Suzana binti Ibrahim dan Cik Aziliena binti Abd Murad daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta bengkel. YBrs. Encik Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), AKM turut hadir menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan majlis penutup bengkel tersebut.