
Bengkel dan Latihan Komunikasi Strategik kepada Komuniti MADANI telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Januari 2024 di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur
Hits: 30
Bengkel dan Latihan Komunikasi Strategik kepada Komuniti MADANI telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Januari 2024 di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Domain Digital dan Media, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri. Program ini bertujuan untuk melatih serta meningkatkan pengetahuan dan kepakaran peserta dalam strategi minda berkaitan kenegaraan, teknik komunikasi strategik dan berkesan, serta pengurusan psikologi masyarakat melalui teknologi digital. Di samping itu, program ini menekankan kepentingan Malaysia MADANI dalam usaha membina negara bangsa yang berdaya maju dan harmoni. Seramai 100 peserta daripada pelbagai kementerian dan jabatan telah menyertai program ini. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah AKM yang baharu, YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, yang berkesempatan menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta. Sebagai acara kemuncak, Ucaptama Khas bertajuk "Komuniti MADANI: Suatu Gelombang Rakyat" telah disampaikan oleh YB Tan Sri Dato’ (Dr) Johari bin Abdul, Yang Dipertua Dewan Rakyat. Program ini juga mendapat sokongan tenaga pakar daripada Centre for Information and Media Warfare Studies (CMIWS), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, yang berkongsi pandangan dan kepakaran mereka untuk menjayakan objektif program.