Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
BENGKEL KAJIAN SEMULA SASARAN KERJA UTAMA (SKU) AKM 2025

BENGKEL KAJIAN SEMULA SASARAN KERJA UTAMA (SKU) AKM 2025

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐒𝐊𝐔) 𝐀𝐊𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝟐𝟒 - 𝟐𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 - 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐁𝐚𝐲𝐯𝐢𝐞𝐰 𝐁𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐑𝐞𝐬𝐨𝐫𝐭 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
Bahagian Perancangan Strategik (BPS), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan Bengkel Kajian Semula Sasaran Kerja Utama (SKU) AKM 2025 pada 24 hingga 26 Februari 2025 di Bayview Beach Resort Hotel, Pulau Pinang. Bengkel ini disertai oleh Pengarah-pengarah Negeri, Pegawai-pegawai Bahagian dan para pegawai Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) seluruh negara. Ucaptama bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Noorhisham bin Rosle, Pengarah BPS.
Antara tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk merancang tindakan pembaharuan bagi SKU AKM tahun 2025 selaras dengan penyampaian amanat oleh Dato’ Ketua Pengarah AKM menjurus kepada SKU yang efektif dan inklusif. Selain itu, bengkel ini juga membincangkan kaedah penilaian baharu bagi semua program yang dirancang dengan memperincikan dan memperhalusi instrumen dan kaedah pengukuran yang bersesuaian bagi mencapai pemahaman dan keyakinan peserta terhadap Malaysia MADANI.
Di akhir bengkel ini, dengan kerjasama para peserta yang komited, telah berjaya menghasilkan cadangan SKU baharu bagi penubuhan bahagian dan negeri yang baharu selain penghasilan instrumen pengukuran baharu untuk peningkatan SKU jabatan yang lebih relevan berpaksikan pentadbiran Kerajaan MADANI.