
BENGKEL KENEGARAAN MALAYSIA MADANI: JARINGAN KORPORAT
Hits: 15
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓
𝟐𝟎 - 𝟐𝟏 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 - 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐜𝐢𝐟𝐢𝐜 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Bahagian Korporat , Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel Kenegaraan Malaysia Madani : Jaringan Korporat kepada pegawai-pegawai daripada GLC dan Korporat. Seramai 40 orang dari 19 agensi GLC/ Korporat telah menyertai bengkel selama 2 hari 1 malam ini.
Bengkel bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada agensi yang telah bekerjasama dengan AKM tahun 2024 dan mendapatkan idea baharu daripada agensi korporat lainnya di dalam penambahbaikan program akan datang. Agensi terlibat menyertai bengkel ini adalah TNB, OutClass (AirAsia Academy) Nadicorps Holdings, Park May Berhad, KTMB, MRCB, MRDC, Amanah Raya Berhad, PLUS Malaysia Berhad, PROLINTAS, MMC Corporation Berhad, FGV Holdings Berhad, Telekom Malaysia, TV Al Hijrah, Permodalan Nasional Berhad, Pos Logistics, SIRIM, AirAsia Red Q dan Malaysia Airlines Berhad dan PETRONAS.
Peserta bengkel memberikan komitmen yang amat baik sepanjang program berjalan. Bengkel telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Shahrir Zaman Bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah ( Professional) Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Turut menyantuni peserta bengkel adalah Pengarah AKM Negeri Selangor, Encik Ahmad Shukri bin Hj Adnan dan Penolong Pengarah Kanan AKM Wilayah Persekutuan Encik Syahfiee Bin Japril yang merupakan mantan Ketua Seksyen dan PPK di Seksyen Korporat sebelum ini. Terima kasih di ucapkan kepada semua agensi yang terlibat menyertai bengkel ini.