
Bengkel Pemurnian Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI pada 27 hingga 29 September 2024
Hits: 61
Bahagian Kawalan Kualiti , Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI pada 27 hingga 29 September 2024 bertempat di Grand SwissBel Hotel, Melaka. Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk penambahbaikan dan pemurnian bahan modul agar ianya sentiasa kekal relevan dan memenuhi keperluan semasa program-program di AKM. Hadir bersama-sama berkongsi pandangan dan percambahan idea sepanjang bengkel berlangsung ialah YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM dan YBhg. Dato' Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), AKM. Adalah diharapkan agar bengkel ini akan dapat memberikan manfaat dan keseragaman penyampaian dalam pelaksanaan program-program AKM.