Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Bengkel Pemurnian Perancangan Program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Tahun 2025 pada 26 hingga 28 Januari 2025

Bengkel Pemurnian Perancangan Program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Tahun 2025 pada 26 hingga 28 Januari 2025

Bahagian Perancangan Strategik, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah Berjaya mengadakan Bengkel Pemurnian Perancangan Program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Tahun 2025 pada 26 hingga 28 Januari 2025 di Hotel Raia, Kuala Terengganu.
Penyertaan seramai 55 orang adalah terdiri daripada Pengarah-pengarah bahagian, Pegawai-pegawai Bahagian serta Pengurus Institut Kenegaraan Perdana (IKP) dan Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) seluruh negara.
Antara tujuan bengkel tersebut adalah untuk menjana idea dan memberi pandangan serta cadangan program-program yang berimpak tinggi bagi tahun 2025 demi mencapai misi dan visi jabatan sebagai peneraju latihan kenegaraan.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKM dan turut sama dihadiri oleh YBrs. Tuan Shahrir Zaman bin Abdul Wahab yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) AKM.
Pada hari kedua, YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM telah menyampaikan ucaptama dan amanat beliau yang bertajuk “Memenuhi Amanah Membina Harapan’’. Beliau menarik perhatian semua agar berusaha secara kolektif untuk memperkenalkan AKM di persada negara melalui pendekatan yang lebih pelbagai dan dinamik. Program-program perlu dijalankan dengan lebih unik dan menarik bagi mendapatkan lebih perhatian rakyat, seterusnya berupaya membina negara bangsa yang utuh dan kukuh.
Usai ucapan dan amanat beliau, satu sesi penyampaian watikah pelantikan sebagai Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri kepada 14 pegawai-pegawai AKM telah diadakan. Para pegawai ini telah diberi mandat untuk melaksanakan amanah dan memikul tanggungjawab bagi memperkukuhkan AKM di seluruh pelusuk negara.
Besarlah harapan Dato' Ketua Pengarah AKM agar AKM terus menjadi satu agensi yang unggul dan membina kecemerlangan yang berterusan.