Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
BENGKEL PEMURNIAN WACANA MADANI

BENGKEL PEMURNIAN WACANA MADANI

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝟐𝟑 – 𝟐𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 - 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚
YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, telah hadir ke Bengkel Pemurnian Wacana MADANI anjuran Unit Komunikasi Strategik AKM, Pejabat Perdana Menteri. Bengkel yang diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2025 di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur ini adalah untuk pemurnian dan membukukan hasil perbincangan Wacana Pemikiran Madani yang telah dilaksanakan pada 12 hingga 14 Februari 2025.
Bengkel dihadiri seramai 50 orang pegawai, terdiri daripada Pengarah-pengarah Bahagian AKM, Pengarah-pengarah AKM Negeri dan pegawai-pegawai kanan AKM serta Penggerak MADANI, yang diketuai oleh YBhg. Datuk Amin bin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.
YBrs. Tuan Roslan Mat Nong Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKM telah hadir disepanjang bengkel dan telah memberikan panduan kepada peserta berkaitan arah tuju serta panduan kepada penulisan buku yang akan di hasilkan.
Semoga hasil usaha semua peserta, dan jawatankuasa dalam menghasilkan penulisan buku ini akan dapat mencapai hasrat AKM.