
BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME: PEGAWAI PELAKSANA PROGRAM LATIHAN BELIA TAHUN 2025
Hits: 29
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋𝐈𝐒𝐌𝐄: 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝟑 - 𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 - 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐈𝐊𝐏, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, telah melaksanakan Bengkel Peningkatan Profesionalisme: Pegawai Pelaksana Program Latihan Belia pada 3 hingga 6 Februari 2025 di Institut Kenegaraan Perdana (IKP), Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
Bengkel ini telah dihadiri seramai 100 orang Pegawai Penyelaras dan Pegawai Pelaksana yang terdiri daripada Pengarah AKM Negeri, Penolong Pengarah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta Pembantu Tabdir (Setiausaha Program) dari IKP dan Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) seluruh negara.
Bengkel ini bermatlamat untuk memperkasa pelaksanaan Program Latihan Kenegaraan kepada kumpulan sasaran Belia bagi tahun 2025 selain menyelaras pelaksanaan program diperingkat negeri yang melibatkan kerjasama IKP dan PLK.
𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐢𝐫 𝐙𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐖𝐚𝐡𝐚𝐛 Pengarah Eksekutif yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) AKM turut hadir bagi memberikan amanat dan kata-kata perangsang dalam meningkatkan gerak kerja latihan yang lebih efisien dan bersistematik. Turut hadir YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, AKM, JPM.
Semoga penganjuran bengkel ini akan menjadikan pelaksanaan program latihan kenegaraan bagi Belia mencapai objektif khususnya dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penyebarluasan berkaitan Malaysia MADANI dalam kalangan belia diseluruh negara.