
BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME PENOLONG PEGAWAI LATIHAN DAN PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
Hits: 40
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍
𝟐𝟓-𝟐𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 - 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐈𝐦𝐩𝐞𝐫𝐢𝐚𝐥 𝐇𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia (SSM), Bahagian Khidmat Pengurusan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah melaksanakan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Pegawai Pelaksana pada 25 hingga 27 Februari 2025 bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka. Bengkel ini telah disertai oleh Penolong Pegawai Latihan dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan seluruh negara.
Antara tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kompetensi pegawai dalam tadbir urus pelaksanaan program-program latihan di AKM bagi memastikan segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan mengikut keperluan jabatan. Selain daripada itu untuk menambahbaik tatacara kerja khususnya perkara berkaitan pengurusan pentadbiran di peringkat bahagian, negeri dan Pusat Latihan Kenegaraan (PLK).
Sepanjang bengkel ini berlangsung pelbagai perkongsian ilmu dan kemahiran yang telah diberikan dalam usaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan kecemerlangan tadbir urus program. Semoga ilmu yang diperolehi akan dapat diaplikasikan dengan baik dan dapat dijadikan sebagai garis panduan supaya pelaksanaannya lebih terurus selari dengan keperluan semasa.