
Bengkel Peningkatan Profesionalisme : Training of Trainers (TOT) Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI - Penjawat Awam (Politeknik)
Hits: 44
Institut Kenegaraan Perdana, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah menyaksikan seramai 70 peserta dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai Psikologi dari 36 buah Politeknik seluruh Malaysia telah berjaya mengikuti Bengkel Peningkatan Profesionalisme : Training of Trainers (TOT) Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI - Penjawat Awam (Politeknik) yang berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2024.
Kursus 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk memberi pendedahan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI kepada peserta dengan memberi penekanan kepada Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan 6 nilai teras Malaysia MADANI. Perkongsian dan mandat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM dalam Sesi Bersama-sama Ketua Pengarah AKM telah memberi inspirasi dan membuka minda peserta yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga AKM. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Muhammad Farihan Irfan bin Mohd Nor, Pegawai Khas kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi.