
BENGKEL PENYELERASAN MODUL KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI BERSAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
Hits: 12
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐏𝐌)
𝟏𝟗-𝟐𝟏 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 / 𝐑𝐚𝐛𝐮 - 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭/ 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠, 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡
Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah melaksanakan Bengkel Penyelarasan Modul Kenegaraan Malaysia MADANI bersama Pegawai APM seluruh negara pada 19 hingga 21 Februari 2025 bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi Kedah.
Kursus selama 3 hari 2 malam ini melibatkan seramai 40 orang peserta termasuk urusetia. Para peserta telah didedahkan dengan modul latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang menekankan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Para peserta juga telah menghasilkan satu modul pengajaran standard APM untuk diguna pakai dalam slot kenegaraan Malaysia MADANI.
Selain itu, peserta juga telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan lancar dan turut mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan peserta.