
Bengkel Perancangan Pelan Latihan Akademi AKM Tahun 2025 yang diadakan di M Resort Hotel, Kuala Lumpur pada 10 hingga 12 Januari 2025
Hits: 23
Bahagian Perancangan Strategik (BPS), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Perancangan Pelan Latihan Akademi AKM Tahun 2025 yang diadakan di M Resort Hotel, Kuala Lumpur pada 10 hingga 12 Januari 2025.
Objektif pelaksanaan bengkel ini diadakan untuk penyusunan Perancangan Latihan AKM setiap Bahagian dan penggunaan Institut Kenegaraan Perdana (IKP) / Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) di seluruh negara. YBrs. Kol. Bersekutu (PA) Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), AKM, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), AKM mempengerusikan sesi perbincangan sepanjang bengkel dan beliau juga telah menyempurnakan sesi penutupan bengkel tersebut. Turut hadir dalam bengkel ini adalah pengarah - pengarah Bahagian, Pengurus IKP dan semua Pengurus PLK.
Β