
Bengkel Perbincangan Meja Bulat bertajuk “Perjanjian Malaysia 1963: Ke Arah Pembinaan Negara Bangsa”
Hits: 29
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) melalui Pejabat Zon Tengah telah menganjurkan Bengkel Perbincangan Meja Bulat bertajuk “Perjanjian Malaysia 1963: Ke Arah Pembinaan Negara Bangsa”.
Bengkel tersebut dilaksanakan secara hibrid iaitu atas talian dan bersemuka di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Penyertaan adalah terdiri daripada pegawai AKM dan Tutor Kenegaraan AKM seramai 100 orang. Antara objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman berkaitan kenegaraan khususnya mengenai Perjanjian Malaysia 1963. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM. Panel yang diundang adalah terdiri ahli akademik dan pakar yang berkaitan iaitu YBrs. Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). YBrs. Profesor Madya Dr. Arnold Puyok, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Encik Mohd Ikhwan bin Ramlan, Pegawai Undang-undang Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah. Manakala, YBrs. Dato' Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), AKM telah menyempurnakan sesi rumusan program. Bengkel ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 menerusi penglibatan dan maklumbalas yang diterima.