
Bengkel Proof Reading Pelan Strategik Akademi Kenegaraan Malaysia (PSA) 2025-2029 pada 30 September hingga 3 Oktober 2024
Hits: 28
Bahagian Perancangan Strategik, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mengadakan Bengkel Proof Reading Pelan Strategik Akademi Kenegaraan Malaysia (PSA) 2025-2029 pada 30 September hingga 3 Oktober 2024, bertempat di Institut Kenegaraan Perdana (IKP), Kuala Lumpur. Penyertaan seramai 20 orang, terdiri daripada pegawai-pegawai setiap Bahagian AKM di ibu pejabat. Tujuan bengkel adalah bagi membuat penambahbahbaikan, menyemak, dan menyusun semula pengisian draf buku PSA 2025 – 2029, sebelum dicetak sebagai dokumen bahan rujukan hala tuju AKM bagi tempoh lima (5) tahun akan datang untuk mencapai visi serta misi AKM. Bagi memastikan objektif bengkel tercapai, dua (2) orang pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu Puan Nelawati binti Ngadul dan YBrs. Dr. Noor Roza Hassan dilibatkan selaku fasilitator untuk memudah cara bengkel. YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) AKM hadir sepanjang bengkel dan telah menyempurnakan sesi penutupan bengkel. Beliau mengharapkan supaya dengan terhasilnya dokumen PSA 2025-2029, warga AKM lebih komited menjalankan tugas dan menjadikan dokumen PSA sebagai rujukan bagi memastikan kecemerlangan jabatan, dan memberi impak yang baik kepada pelanggan dan pemegang taruh.