Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
IMARAH MADANI : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

IMARAH MADANI : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

𝐈𝐌𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐒𝐈𝐌)
𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐔𝐒𝐈𝐌, 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sembilan telah melaksanakan Imarah Madani: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada 12 Mac 2025 bertempat di Dewan Kuliah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM.
Seminar ini telah berlangsung secara bersemuka dan dihadiri seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Kakitangan dan pelajar USIM.
Seminar yang diadakan ini bermatlamat untuk menyebar luas pengetahuan berkenaan dengan Malaysia MADANI.
Melalui seminar ini juga, AKM Negeri Sembilan berpeluang untuk menyantuni seterusnya merapatkan silaturahim bersama-sama dengan kakitangan dan pelajar USIM.
Sesi perkongsian interaktif kenegaraan telah dilaksanakan oleh Puan Noor Afizai Binti Abdullah dan Encik Mohd Nazrul Bin Yahya, Penolong Pegawai Belia dan Sukan AKM Negeri Sembilan.
Ucapan perasmian penutup seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Sufian Bin Yusof, Pengarah Negeri AKM Negeri Sembilan dan beliau berharap kerjasama antara AKM Negeri Sembilan dan pihak USIM akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Turut hadir Encik Muhammad Rahmat Bin Abdullah, Ketua Bahagian, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, USIM.