
JALINAN KOLABORATIF AKM NEGERI SELANGOR BERSAMA-SAMA SKUAD AADK NEGERI SELANGOR
Hits: 24
𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐀𝐊𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐀𝐀𝐃𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 - 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝟐𝟑, 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐍𝐢𝐛𝐨𝐧𝐠, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐧𝐚𝐦
Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor melalui jalinan kolaboratif bersama-sama Skuad Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor telah diundang bagi menjayakan Karnival 'Tak Nak, Tak Payah, The Roadtour'. Siri Jelajah kali pertama ini dilaksanakan bertempat di Dataran Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sabak Bernam.
Program utama ini dilaksanakan secara kolaboratif rentas agensi bersama-sama Majlis Belia Negeri Selangor, Pejabat Daerah Sabak Bernam, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Jabatan Penyiaran Negeri Selangor, Selangor FM, Jabatan Bomba Selangor, My Digital ID, PDRM, YADIM, Baitul Ehsan, NADI, SNi, Kopi Radix dan lain-lain agensi.
Program ini telah dihadiri oleh YBrs. En. Ahmad Shukri bin Hj Adnan, Pengarah AKM Negeri Selangor yang diundang untuk berkongsi informasi berkaitan Kenegaraan dan Malaysia MADANI dalam sesi sembang santai.
Program dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi selaku Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor. Turut hadir bersama-sama menjayakan program ini YBhg Dato' Mohd Imran Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Tuan Nazir Mohamad Pengarah AADK Negeri Selangor, Tuan Zulkefli Mohd Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Selangor, YBrs Tuan Ali Sadikin Pegawai Daerah Sabak Bernam, Pemimpin Komuniti, Belia serta kalangan warga setempat.
Semoga dengan pelaksanaan program ini mengeratkan lagi jalinan akrab di antara AKM Negeri Selangor bersama-sama warga pelbagai agensi di seluruh Negeri Selangor.