
KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
Hits: 54
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐍𝐔𝐑 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐇
𝟎𝟏 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Satu sesi kunjungan hormat oleh Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri, Negeri Terengganu keatas Pengurusan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang telah diadakan bertempat di Bilik Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak AKM dan Pengurusan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Sesi kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Encik Ahmad Khairuddin bin Mohammed Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri, Negeri Terengganu dan telah disambut mesra oleh Dr. Hariza binti Hussin, Timbalan Pengarah (Perubatan) yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Perbincangan ini telah tertumpu kepada peluang kolaborasi bersama dalam melaksanakan program-program berimpak tinggi yang mensasarkan kepada kakitangan awam. Inisiatif bersama ini merangkumi aspek pendidikan kenegaraan, pembinaan jati diri, pengupayaan sosial serta pembangunan nilai sivik dalam kalangan kakitangan hospital
Sesi kunjungan hormat ini telah membuka lembaran baharu kearah kerjasama yang lebih utuh dan bermakna, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membina sebuah negara MADANI yang seimbang, progresif dan berteraskan nilai.