Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
KUNJUNGAN HORMAT AKM KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI

KUNJUNGAN HORMAT AKM KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑
𝟐𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧
YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air.
Kunjungan ini bertujuan mendapatkan pandangan dan panduan YAB TPM kepada AKM untuk memacu agenda Malaysia Madani dalam kerangka membina kefahaman bernegara. Di samping itu, perbincangan menfokuskan berkenaan AKM dalam usaha untuk membuat kolaborasi program-program kenegaraan dalam konteks Malaysia MADANI.
Turut hadir, YBrs. Puan Zainariah binti Hassan, Pengarah Unit Komunikasi Strategik, AKM dan pegawai-pegawai dari ibu pejabat AKM.