
Kunjungan hormat daripada Akademi Kenegaraan Malaysia yang diketuai YBhg. Dato' Haji Roslan bin Hussin, kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN)
Hits: 18
Kunjungan hormat daripada Akademi Kenegaraan Malaysia yang diketuai YBhg. Dato' Haji Roslan bin Hussin, kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah berlangsung pada hari ini. Kunjuan hormat ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) En Roslan bin Mat Nong , Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), En Sharir Zaman bin. Abdul Wahab dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Negara En Zahed bin Saidin. Dalam kunjungan ini YBhg. Dato' KP AKM telah menjelaskan hala tuju baru AKM 2025 dan komitmen beliau untuk menyebarluaskan latihan Kenegaraan dan Malaysia MADANI dengan lebih giat berbanding tahun 2024. Pelbagai perancangan telah diatur dan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. YBhg. Tan Sri KSN juga turut menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh AKM menjelang tahun 2027. Diakhir kunjungan hormat, YBhg. KSN mengucapkan tahniah atas perlantikan YBhg. Dato' KP AKM sebagai Ketua Pengarah AKM yang baru. Beliau berharap pengalaman yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjalankan tugas kepada negara.