
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) KE AKM
Hits: 43
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐁𝐌) 𝐊𝐄 𝐀𝐊𝐌
𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐫𝐚𝐤𝐚𝐬𝐚, 𝐀𝐊𝐌, 𝐁𝐥𝐨𝐤 𝐅𝟏𝟎, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Kunjungan hormat daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang diketuai sendiri oleh 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐝 𝐈𝐳𝐳𝐚𝐭 𝐀𝐟𝐢𝐟𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝, 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐌𝐁𝐌 telah berlangsung pada hari ini.
Sesi kunjungan hormat dipengerusikan oleh 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐢𝐫 𝐙𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐖𝐚𝐡𝐚𝐛 Pengarah Eksekutif yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) AKM.
Pertemuan ini merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan antara AKM dan MBM terutamanya dalam pembangunan belia.