Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
𝟭𝟴 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮 𝗹 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂
YBhg. Datuk Dr Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato' Seri Hj Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Kunjungan hormat ini adalah usaha dan langkah AKM untuk terus menjalankan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan di Sabah bagi tujuan pelaksanaan program-program kenegaraan Malaysia MADANI.
Turut hadir, YBrs. Encik Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AKM dan YBhg. Datin Shonita binti Terang, Pegarah AKM Negeri Sabah.